|
Thursday, August 27, 2009
Assallamualaikum semua,
Sudah seminggu kita berpuasa, baru ni
saya berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa.Semuga puasa kita
pada tahun lebih bagus dari tahun lepas.Saya juga ingin memohon jutaan
kemaafan sekiranya selama ini saya ada tersalah atau terkasar bahasa
dan perbuatan pada anda semua.
Saya ingin memaklumkan blog Urus Duit Urus Utang ini akan berpindah ke 'rumah baru'.Anda semua dijemput ke www.kedaiiman.blogspot.com atau www.urusduiturusutang.blogspot.com Pelbagai produk kesihatan dan kecantikan dalam Kedai Iman.Yang penting produk ini semua adalah HALAL & SUCI.
Walaupun blog saya tak seberapa tapi saya harap anda sudi sudikan melawat Kedai Iman.
Terima kasih atas sokongan anda semua.Hanya Allah yang akan membalas baik budi anda.Selamat berpuasa dari kami
Faridah, Roslan dan Muhammad Qayyum Iman
Posted at 10:59 pm by edaroslan
Wednesday, July 08, 2009
Peminjam Tekun gagal jelaskan hutang RM225j
Berita Harian 8 Julai 2009
KUALA LUMPUR: Kerajaan menghadapi masalah untuk membiayai pinjaman Tekun Nasional (Tekun) kepada peminjam baru berikutan kegagalan ramai peminjam menjelaskan hutang mereka yang kini berjumlah RM225 juta.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
Datuk Noh Omar, berkata kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) bagi
pinjaman yang dikeluarkan hingga Mei lalu sangat tinggi, iaitu 15
peratus daripada RM1.32 bilion yang diberikan sejak 1999.
Beliau berkata, ia menyukarkan kerajaan memberi pinjaman kerana dana
sedia ada tidak mencukupi, manakala permohonan yang diterima setiap
tahun meningkat lebih dua kali ganda sehingga ramai yang terpaksa
menunggu giliran.
Katanya, jumlah permohonan yang diterima dan sedang dalam pertimbangan
adalah 15,687 pemohon membabitkan anggaran pembiayaan sejumlah RM348
juta.
"Kalau peminjam tidak bayar, orang lain tidak boleh mendapat pinjaman
sebab ini duit tabung pusingan. Kalau tak bayar macam mana nak pusing.
"Kerajaan beri tambahan dana sebanyak RM100 juta pun tidak boleh
menyelesaikan masalah kalau peminjam terus tegar tidak mahu bayar
hutang. Saya merayu kepada peminjam ini supaya mengasihani kawan mereka
yang mahu buat pinjaman," katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Kempen Membayar Hutang Tekun Nasional yang dilaksanakan kementerian mulai bulan ini bagi menggalakkan lebih ramai peminjam membayar hutang mereka setiap bulan.
Mengulas lanjut, Noh berkata institusi kredit mikro itu yang memberi
pembiayaan kepada hampir 150,000 usahawan, mensasarkan kutipan sebanyak
50 peratus sebulan menerusi kempen ceramah pendidikan dan agama, selain
insentif pe-ngurangan dan penjadualan bayaran balik pinjaman.
"Kalau kita dapat kutip 50 peratus dari kempen ini pun sudah cukup
baik. Kutipan sekarang sebanyak RM15 juta sebulan dan sasaran kita RM30
juta sebulan daripada pinjaman yang diberikan purata RM40 juta
sebulan," katanya.
Posted at 11:35 pm by edaroslan
Friday, January 30, 2009
200 Orang Didakwa Ditipu oleh Pegawai Tekun
JOHOR BAHARU, 28 Jan (Bernama) -- Seramai 200 orang mendakwa ditipu
seorang pegawai Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang meminta
mereka membayar RM100 seorang bagi mempercepatkan permohonan pinjaman
mereka pada Jun tahun lalu.
Namun, selepas menunggu enam bulan, mereka berasa telah ditipu pegawai
wanita itu dan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Pelangi di
sini, Rabu.
"Setiap seorang daripada kami membayar RM100 kepada pegawai wanita ini
untuk mendapatkan pinjaman antara RM50,000 and RM70,000 daripada sebuah
koperasi," kata seorang pegawal keselamatan, Hisham Samsu, 31, yang
mewakili mangsa-mangsa tersebut.
Katanya pinjaman itu hendak mereka gunakan bagi menyertai satu skim
pemasaran pelbagai peringkat.
"Sampai sekarang kami masih belum mendapat pinjaman itu walaupun sudah
beberapa kali menelefon beliau," katanya.
Hisham berkata pembayaran tersebut dibuat di sebuah restoran di Simpang
Renggam pada Jun tahun lalu dan dijanjikan ia akan diluluskan dalam masa
sebulan.
Namun ketika ditemui dua bulan kemudiannya, wanita itu berdalih
mengatakan pinjaman itu memerlukan masa tiga bulan lagi untuk
diluluskan.
Seorang lagi mangsa, Omar Mohamad, 49, berharap masalah itu dapat
diselesaikan kerana ramai antara mereka hanya berpendapatan sebanyak
RM1,000 sebulan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Datuk
Maulizan Bujang ketika dihubungi menyarankan agar mangsa membuat laporan
di pejabat Tekun.
"Apabila laporan telah dibuat, siasatan dalaman akan dibuat ke atas kes
ini dan jika didapati benar maka tindakan akan diambil ke atas pegawai
tersebut," katanya.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Zainal Baharom mengesahkan
laporan itu dan akan membuat siasatan ke atasnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi
hotline polis di talian 07-2212999 atau balai polis berdekatan.
BERNAMA
Posted at 03:01 pm by edaroslan
Wednesday, August 27, 2008
Rancang kewangan elak tekanan
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL dari Utusan Malaysia
ALAM persekolahan akan bermula beberapa minggu lagi. Pastinya ibu bapa sekarang ini merupakan golongan paling sibuk meluangkan masa dan wang ringgit untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak.
Bagi yang mendapat bonus hujung tahun daripada majikan tentu berasa lega kerana tidak perlu ‘menyelongkar’ almari mencari wang yang diharapkan ada tersorok di situ.
Namun, bagi yang hanya memperoleh pendapatan ‘cukup makan’ setiap bulan pastinya mula pening kepala.
Mungkin ramai daripada kita tidak sedar bahawa walau sekecil mana pendapatan yang diraih, tetapi jika mampu membuat perancangan kewangan dengan baik, pasti ‘pening kepala’ tidak timbul.
Belum terlambat rasanya untuk memberi panduan serta ingatan kepada pasangan ibu bapa untuk merancang kewangan mereka dengan bijak.
Perunding Kewangan Berdaftar, Zulkeplee Ahmad Sani mempunyai beberapa petua atau panduan tentang bagaimana merancang kewangan agar tidak mengalami situasi tekanan, terutama ketika hendak menyediakan keperluan anak-anak menjelang tahun baru persekolahan.
“Syarat utama dalam pengurusan kewangan ialah mesti tetapkan matlamat. Matlamat pula terbahagi kepada tiga bahagian - jangka pendek iaitu selama dua tahun, jangka sederhana untuk tempoh dua hingga lima tahun dan jangka panjang untuk lima tahun,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya, setelah menentukan matlamat mana yang ingin dibuat - sebaiknya mulakan dengan jangka pendek - ambil sekeping kertas bersaiz A4 catatkan bulan Januari hingga Disember.
“Buat seperti jadual dan catatkan bulan di mana kita terpaksa menggunakan jumlah wang yang banyak sebagai contoh, bulan cukai jalan tamat, cuti akhir tahun dan sebagainya. “Bila kita sudah nampak bulan yang kita perlu mengeluarkan belanja yang besar, maka kita bolehlah mula menabung. “Kalau dari awal kita sudah dapat lihat perjalanan kewangan dalam tempoh setahun, bila tiba masa untuk mengeluarkan sejumlah wang yang banyak, tiada masalah lagi,” jelasnya.
Menurut Zulkeplee, ramai yang terjerat apabila tiba bulan di mana terpaksa berbelanja besar seperti menyediakan keperluan sekolah anak kerana mereka tidak mempunyai perancangan dan matlamat.
“Selepas menentukan matlamat, pasangan suami isteri perlu membuat analisis aliran tunai. Caranya sama seperti membuat matlamat tadi cuma buat dua ruang, satu catatkan wang masuk dan satu lagi wang keluar. “Bila ada carta, kita boleh lihat sama ada wang masuk lebih banyak dari keluar atau sebaliknya. Jika wang masuk lebih banyak maka ia petanda positif,” jelasnya.
Tambah Zulkeplee lagi, bagi pasangan suami isteri yang bekerja, mereka perlulah membuat belanjawan bersama-sama dan gabungkan pendapatan serta perbelanjaan keluarga.
“Saya pernah berdepan pengalaman di mana seorang pelanggan datang mengadu dia tidak mengetahui bebanan hutang suami setelah suami meninggal dunia. “Akibatnya, isteri terpaksa menanggung beban hutang suami kerana masing-masing membuat belanjawan tanpa pengetahuan masing-masing,” cerita beliau lagi.
Daripada pengalaman tersebut, beliau berpendapat, adalah lebih baik jika pasangan suami isteri membuat perancangan dan menetapkan matlamat sehingga waktu usia persaraan mereka.
Beliau juga mengingatkan kepada setiap suami yang bekerja bahawa apa saja urusan kewangan dibuat akan memberi kesan kepada keluarga mereka. “Apa yang penting bagaimana kita uruskan wang kita dan bagaimana kita menahan nafsu daripada berbelanja yang tidak mengikut keperluan sebenar keluarga kita,” ujar beliau lagi.
Kata Zulkeplee, adalah lebih baik jika dapat mengajak anak-anak sekali dalam membuat perancangan dan belanjawan keluarga. “Contoh termudah, sebelum pergi membeli-belah di pasar raya, senaraikan barangan yang ingin dibeli. Dengan ini mereka sudah tahu yang ibu bapa memperuntukkan wang untuk perbelanjaan barangan yang telah disenaraikan sahaja dan mereka tidak bolehlah meminta sesuka hati,” katanya.
Selain itu, kata Zulkeplee lagi, sebagai ibu bapa yang bekerja, kita perlulah menambah ilmu tentang panduan menguruskan kewangan. “Buat janji temu bersama perunding kewangan ataupun rajinlah datang menghadiri taklimat pengurusan kewangan.
“Persepsi yang menganggap perunding kewangan hanya untuk orang kaya sahaja harus diubah, sebenarnya ia untuk semua golongan supaya mereka tidak terjerat dengan corak perbelanjaan yang akhirnya mengundang masalah kepada diri mereka dan keluarga,” kata nya menutup bicara.
Panduan merancang kewangan - Tetapkan matlamat (jangka pendek, sederhana atau panjang) - Buat analisis aliran tunai - Fahami kedudukan kewangan - Imbangkan pendapatan (tambah pendapatan dan kurangkan hutang) - Tambah ilmu pengurusan kewangan dengan membaca, berjumpa perunding kewangan dan mendengar taklimat.
Posted at 10:37 pm by edaroslan
Tuesday, August 26, 2008
Rakyat Malaysia tidak komited rancang kewangan
Oleh ROSMAWATI MION dari Utusan Malaysia
PERNAHKAH anda bertanya kepada diri sendiri bagaimana kehidupan yang bakal dilalui di hari tua? Sebaik bersara, adakah diri mampu untuk menyara hidup. Mungkin juga ramai yang menyimpan wang sebagai bekalan hari tua, namun adakah ia mencukupi bagi menampung hidup seterusnya apatah lagi untuk mengekalkan kehidupan serupa?
Persoalan itu jarang bermain di fikiran masyarakat terutama wanita. Sebabnya, ada yang menjangkakan anak-anak akan menjaga mereka apabila tua kelak. Namun, ramai pula beranggapan mereka boleh menjalani kehidupan selesa dengan bergantung harap semata-mata kepada tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing.
Masalahnya, menurut Naib Presiden Pemasaran dan Ketua Segmen Kumpulan Pelanggan Global Citibank Berhad, Timothy Johnson, wang KWSP sebenarnya hanya dapat bertahan selama enam hingga lapan bulan bagi kebanyakan orang, tetapi hakikat itu tidak disedari masyarakat.
Sedangkan selepas bersara pada usia 55 tahun, individu mungkin mempunyai masa kira-kira 20 tahun lagi untuk hidup. Jadi, sekiranya tiada perancangan kewangan kala muda maka akan timbul masalah di kemudian hari.
Persoalan ini berjaya dicungkil hasil soal selidik yang dilakukan Citibank Berhad ke atas 400 responden yang separuh daripadanya wanita. Jelas Johnson, wanita berusia antara 18 hingga 29 tahun mempunyai kefahaman lebih baik tentang perancangan kewangan berbanding golongan berusia 40 tahun ke atas. Sebabnya, mereka lebih terdedah dengan isu tersebut daripada Internet, ibu bapa, rakan-rakan dan juga di sekolah.
Masalahnya, mereka ini kurang memberi komitmen terhadap melaksanakan perancangan kewangan tersebut, namun kumpulan ini lebih bahagia dengan kehidupan mereka.
Sedangkan wanita berusia 40 tahun ke atas lebih menunjukkan komitmen dalam merancang kewangan, contohnya 52 peratus daripada mereka sudah membeli rumah dan 62 peratus lagi mempunyai insurans nyawa. Tetapi, hanya 21 peratus sahaja merancang untuk persaraan mereka.
‘‘Apa yang tambah menakutkan, sebanyak 41 peratus daripada wanita dalam kelompok 40 tahun ke atas itu turut mengakui bahawa jika mereka dibuang kerja, wang simpanan yang ada cuma mampu menampung kehidupan mereka setakat tiga bulan sahaja.
‘‘Itu yang membimbangkan. Apatah lagi pada zaman sekarang ini. Jika dibuang kerja, sukar untuk mendapat kerja lain dalam waktu yang singkat, sedangkan wang simpanan hanya dapat bertahan tiga bulan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Justeru kata Johnson, wanita sepatutnya membuat senarai perbelanjaan untuk memastikan kewangan mereka terancang.
Kesalahan yang selalu dilakukan wanita adalah meletakkan perancangan kewangan kepada suami atau pasangan. Atau pun mereka menyimpan untuk semua orang (suami, anak-anak dan keluarga) kecuali diri mereka sendiri.
Sikap itu mungkin disebabkan anggapan bahawa anak-anak akan membantu atau menjaga ibu bapa masing-masing. Bagaimanapun apa yang menghairankan, majoriti wanita yang ditemui tidak mengharapkan anak-anak untuk menjaga mereka apabila tua kelak.
Soal selidik mendapati 70 peratus wanita dalam kumpulan 40 tahun ke atas tidak mengharapkan anak-anak menjaga mereka, namun kelompok usia 18 hingga 29 tahun masih menyatakan ia penting. Bagi golongan muda, mereka perlu menghulurkan bantuan walaupun ibu bapa tidak memerlukannya. ‘‘Sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia, membantu ibu bapa adalah satu keperluan. Masalahnya, kita khuatir sikap itu mungkin tidak wujud lagi pada 20 tahun akan datang,” ujar Johnson.
Sebaiknya, mulakan menabung bermula sekarang. Latih diri untuk menyimpan sekurang-kurang 10 peratus daripada wang gaji. Pentingnya, wanita perlu menanam sifat ‘bayar’ diri sendiri dahulu sebelum memandang ke arah lain. Jelas Johnson lagi, ‘membayar’ diri sendiri bukan bermaksud memanjakan diri dengan membeli-belah atau barangan berjenama, tetapi menyimpan untuk hari tua.
‘‘Dalam merancang, mereka perlu mempunyai bajet. Jangan menunggu sehingga hujung bulan untuk membuat bajet diri, sebaliknya ia boleh dilakukan ketika ini. Apa yang perlu ditekankan adalah perbelanjaan mesti kurang daripada gaji yang diperoleh setiap bulan,” katanya.
Langkah pertama adalah senaraikan perbelanjaan anda setiap hari. Ia bagi memudahkan untuk diri membuat bajet bulanan kerana anda akan mengetahui ke mana wang disalurkan.
Bercakap pula mengenai simpanan hari tua katanya, wanita perlu memikirkan tentang gaya hidup mereka selepas bersara. Sama ada mereka ingin mengekalkan gaya hidup yang sama atau tidak. Bagaimanapun, menyimpan hanya 10 peratus daripada gaji bulanan anda sebenarnya tidak mencukupi untuk mengekalkan kehidupan serupa.
‘‘Apa yang masyarakat tidak sedar adalah nilai wang berubah mengikut tahun. Sebab itu, wanita perlu merancang untuk hari tua mereka.” jelas Johnson. Andai berasa sukar merancang kewangan yang dilihat rumit, wanita boleh mendapatkan khidmat perancang kewangan untuk membantu.
Posted at 10:32 pm by edaroslan
Monday, August 25, 2008
Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi
Assallamualikum semua,
Terlebih dahulu saya mengucap jutaan terima kasih kepada teman teman yang banyak menghubungi saya bertanya khabar. Ramai bertanya pada saya apa sudah jadi dengan blog urus duit urus hutang yang terlalu lama menyepi?Bukan menyepi tapi terlalu sibuk dengan menjaga anak kecil saya yang sudah pun berusia 7 bulan. Maklum saja la, time macam nie memang tengah lasak sangat. Bila nak up date blog sebelah malam, saya pulak kepenatan.Jadi asyik tertunda saja niat tu.
Nak tak nak saya keraskan hati jugak untuk meneruskan niat saya ni pada malam ni, walaupun mata saya dah tak mampu nak bukak.Hehehe...Terus terang saya amat teramat bahagia dengan kehidupan saya sekarang ni. Terima kasih dan syukur pada Allah.
Untuk pengetahuan semua, atas permintaan ramai, kami telah pun memulakan semula workshop pengurusan kewangan peribadi pada 23 Ogos 2008 bertempat di Putrajaya.Insyallah saya akan war war kan tarikh workshop akan datang nanti.Sekiranya ada yang ingin mendaftar dulu, silakan...hubungi saya Faridah di talian 019-281 6570 untuk maklumat lanjut.
Posted at 10:01 pm by edaroslan
Friday, April 04, 2008
Lama sungguh tidak mengarang dalam blog ni. Ramai yang bertanya kenapa senyap sunyi saja. Maklum sajalah, begitu sibuk menguruskan pelbagai urusan. Ditambah pula dengan kehadiran 'orang baru' membuatkan saya tak menang tangan tapi saya bersyukur pada Allah dengan pelbagai rintangan dan dugaan yang mendatang. Semenjak akhir akhir ni ramai pulak yang menjemput untuk memberikan ceramah tentang Pengurusan Kewangan untuk individu dan usahawan usahawan kecil dan sederhana. Agaknya itu yang dikatakan rezeki orang baru...amin. Walaupun sibuk dengan tugas harian, selalu juga saya menjengah peti email yang tak pernah kosong. Antara yang menarik perhatian saya ialah ' Can a family man with SalaryRM3,000 survive in Malaysia'.Tajuk ini telah lama diperkatakan dan kalau tak salah saya dari tahun lepas lagi. Berbagai komen yang diberi dan tak kurang juga menjual insuran. Saya sendiri juga tak lepaskan peluang memperkenalkan pengurusan kewangan peribadi. Alhamdullilah, ada yang mengambilnya secara positif dan ingin mengetahui lebih lanjut lagi, tak kurang juga berfikiran negative. Pada saya itu semuanya cabaran yang perlu saya tempuh. Niat kami ialah menyebarkan ILMU ini terutama orang orang Melayu tentang menguruskan kewangan sendiri. Berbalik kepada tajuk email tadi, pada pendapat saya, jika kita pandai 'manage atau menguruskan kewangan anda sendiri, anda pasti boleh menyimpan sekurang kurangnya 20%.Tapi masalah dengan kita semua, setiap kali gaji, perkara yang pertama kita lakukan ialah membayar semua hutang kemudian berbelanja dan sekiranya ada lebihan baru difikirkan untuk menyimpan. Bila difikirkan kesian sungguh orang orang kita ni. Mana tidaknya. Bangsa asing, lahir saja anak, mereka akan terus masukkan duit sekurang kurangnya RM10,000 dalam FD. Bila anak mereka berumur 18 tahun, wang 10 ribu tadi dah 'beranak' dan itulah MODAL untuk anak mereka sekiranya anak anak mereka ingin melanjutkan pelajaran atau sebagainya. Mesti ramai yang bercakap, emak bapak dia org senang...bolehlah. Sebenarnya kita pun boleh kalau kita tahu bagaimana nak menguruskan kewangan kita sendiri. Bila kita tahu ILMU ini, kita jadilah ibu bapa yang berilmu dan ajarlah anak anak. Tukar cara pemikiran kita dan jangan jadi seperti ibu bapa zaman dulu. Insyallah, jika diizinkan nanti saya akan 'bercerita' lagi. Sebelum itu saya sertakan keretan akhbar dari Bernama. Rakyat Malaysia kurang rancang kewangan peribadi KUALA LUMPUR 5 Feb. Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin tidak memahami sepenuhnya kepentingan dan manfaat kewangan peribadi, melabur dengan bijak dan merancang untuk persaraan, demikian menurut satu kaji selidik CitiBank Bhd. Kaji selidik itu, Citi Financial Quotient (FIN-Q) mendapati, berdasarkan kepada keputusan keseluruhan ditunjukkan dalam 11 bidang topik kewangan utama, keputusan dari Malaysia menunjukkan purata skor Citi FIN-Q ialah 49 daripada 100. Selebihnya 59 peratus rakyat Malaysia yang dikaji selidik itu mencatatkan 49 mata dan ke bawah. "Kita tidak boleh lagi bergantung kepada bantuan kewangan dari sanak saudara dan anak-anak. Oleh itu, kita perlu membuat perancangan satu portfolio yang pelbagai dan bersesuaian," kata Naib Presiden Pemasaran dan Ketua Segmen Kumpulan Pelanggan Globalnya, Timothy Johnson. Kaji selidik FIN-Q itu yang terdiri daripada 400 temuramah dalam talian mempunyai 30 soalan setiap satu di seluruh Malaysia, dilaksanakan untuk menentukan tahap pemahaman di kalangan rakyat Malaysia mengenai kewangan peribadi dan amalan kewangan mereka. Di dalam bidang kewangan peribadi hanya 28 peratus dari responden mengawal peruntukan bajet mereka, 37 peratus berjimat manakala 46 peratus cuba berjimat dan membuat peruntukan perbelanjaan. "Dari segi tabiat melabur pengurusan wang dan kewangan peribadi, sebanyak 37 peratus mengetahui subjeknya dan 55 peratus mempunyai idea yang baik tentang apa yang akan dilakukan dengan enam bulan pendapatan mereka," kata Johnson. Sebaliknya, kira-kira 60 peratus tidak berasa yakin dengan penjimatan untuk persaraan mereka, dengan lebih ramai wanita melahirkan kebimbangan tentangnya. Hanya 22 peratus dari responden mempunyai rancangan persaraan yang rasmi manakala lebih daripada seperempat tidak ada idea atau tidak memulakan lagi satu rancangan persaraan manakala 45 peratus mempercayai mereka akan menerima bantuan kewangan dari anak-anak. Sementara sebahagian besar rakyat Malaysia berpandangan mereka mempunyai pengaturan yang positif terhadap kualiti hidup mereka pada masa ini dan kewangan pada masa hadapan, tetapi secara realitinya, ramai yang tidak pasti mengenai keselamatan kewangan mereka. "Kami melihat satu trend di seluruh dunia terutamanya dalam pasaran yang lebih maju. Masyarakat mula merancang masa depan kewangan mereka. Dan ia akan menjadi trend di Malaysia," katanya. Keputusan Fin-Q seharusnya merangsang rakyat Malaysia untuk mula berfikir, belajar dan merancang masa depan kewangan mereka. Bernama
Posted at 10:22 am by edaroslan
Thursday, February 21, 2008
Syarat kelayakan pengeluaran pelaburan KWSP untuk Unit Trust
|
|
|
|
Definisi Simpanan Asas Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
Syarat-syarat Yang Ditetapkan
-
Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
-
Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
-
Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual dibawah.
Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1
|
Umur (Tahun) |
Simpanan Asas (RM) |
Umur (Tahun) |
Simpanan Asas (RM) |
|
18 |
1,000 |
37 |
34,000 |
|
19 |
2,000 |
38 |
37,000 |
|
20 |
3,000 |
39 |
41,000 |
|
21 |
4,000 |
40 |
44,000 |
|
22 |
5,000 |
41 |
48,000 |
|
23 |
7,000 |
42 |
51,000 |
|
24 |
8,000 |
43 |
55,000 |
|
25 |
9,000 |
44 |
59,000 |
|
26 |
11,000 |
45 |
64,000 |
|
27 |
12,000 |
46 |
68,000 |
|
28 |
14,000 |
47 |
73,000 |
|
29 |
16,000 |
48 |
78,000 |
|
30 |
18,000 |
49 |
84,000 |
|
31 |
20,000 |
50 |
90,000 |
|
32 |
22,000 |
51 |
96,000 |
|
33 |
24,000 |
52 |
102,000 |
|
34 |
26,000 |
53 |
109,000 |
|
35 |
29,000 |
54 |
116,000 |
|
36 |
32,000 |
55 |
120,000 |
Contoh Pengiraan Kelayakan
|
Ahli |
Umur |
Simpanan di dalam Akaun 1 (RM) |
Simpanan Asas (RM) |
Pengiraaan: Simpanan Akaun 1 - Simpanan Asas x 20% |
Kelayakan Ahli |
|
A |
22 |
4,000 |
5,000 |
- |
Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas. |
|
B |
22 |
8,000 |
5,000 |
(8,000 - 5,000) x 20% = RM600 |
Ahli tidak layak memohon. Amaun kelayakan minimum kurang RM1,000. |
|
C |
25 |
20,000 |
9,000 |
(20,000 - 9,000) x 20% = RM2,200 |
Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM2,200. |
|
D |
40 |
40,000 |
44,000 |
- |
Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas. |
|
E |
45 |
100,000 |
64,000 |
(100,000 - 64,000) x 20% = RM7,200 |
Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM7,200. |
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran, sila hubungi:
| |
Faridah di talian 019-281 6570 atau email idaroslan03@yahoo.com
Posted at 11:46 pm by edaroslan
Monday, February 04, 2008
Labur ASB, ASN harus Majlis Fatwa Kebangsaan
Petikan dari Utusan Malaysia 04.02.08
KUALA TERENGGANU 3 Feb. Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).
Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN.
Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini.
Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara.
Abdul Shukor berkata, muzakarah itu juga memutuskan pembangunan ke atas tanah wakaf am dan khas diharuskan jika ia mengekalkan niat asal pewakaf.
Pembangunan tanah wakaf khususnya, masjid dengan tambahan projek pembangunan serta beberapa penambahbaikan dibolehkan tetapi ia hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh wali amri iaitu majlis agama atau kerajaan negeri terbabit, katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, muzakarah itu turut memutuskan pemakaian lambang agama lain oleh masyarakat Islam adalah dilarang.
Umat Islam dilarang memakai atau menggunakan lambang-lambang agama lain jika ia dinyatakan atau tertera dengan jelas, katanya.
Posted at 10:10 pm by edaroslan
Wednesday, January 09, 2008
Selamat Menyambut Tahun Baru
Assalamualaikum,
Kami semua ingin mengucapkan Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1429. Semoga kita sama sama berazam untuk membuat sebanyak banyak kebaikan & kebajikan, sedaya upaya mentaati suruhan Allah & menjauhi laranganNya . Semoga usaha anda semua diberkati dan dirahmati sentiasa.
Dari :
Roslan & Faridah, Zulkifli & Haniza, Khairul & Rose Maria, Hamzah & Yani
& Azmi CFP
Posted at 06:39 pm by edaroslan
|
|
|
Sila Hubungi Faridah Roslan
019 - 281 6570
idaroslan03@yahoo.com
Kepada sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Faridah
Testimoni Faridah & Roslan Assallamualaikum dan salam sejahtera pada semua, Kali ini saya pulak ingin menceritakan tentang pengalaman saya menyelesaikan masalah kewangan yang selama ini merunsingkan kami. Kami berjaya menyelesaikan masalah hutang kami dan mempunyai simpanan yang tak pernah kami jangka. Kami mempunyai beberapa kredit kad yang berjumlah RM 43,000.00. Semua habis digunakan. Bukan setakat itu saja hutang kami, kami ada 2 buah rumah, 2 buah kereta, 3 personal loan. Belum masuk lagi duit talipon, duit makan, petrol, mak dan umi....hisssh poning jugak kepalo den ni haa.
Kehidupan kami sebelum ni, tak susah sangat. Kami masih lagi boleh gi tengok wayang, gi camping cuma simpanan je kadang kadang ada kadang kadang takde. Isteri saya ada tabiat suka menyimpan duit syiling. Pantang jumpa syiling pasti dia akan simpan dalam tabung. Kadang tu dia sengaja tukar duit kertas pada syiling supaya dia boleh menyimpan. Padanya dengan cara begitu saja kami boleh menyimpan. Dan setiap bulan kami akan tukar duit syiling tu dan duit tu kami simpan dalam ASB. Dapatlah jugak menyimpan dalam RM 100.00 hingga RM 200.00. Itu saja yang kami boleh simpan. Kadang tu tak dapat menyimpan bila datang bab 'tersesak' ni. Sekarang ni dengan penstrukturan semula kewangan, kami boleh menyimpan sebanyak RM2k ++ sebulan.

|
|