Selamat datang ke dunia..


Friday, December 28, 2007
Cerita dari Berita Harian

Mengeluh saja tak guna...

Oleh Salinah Abdullah

BILA tiba hujung tahun, cuba perhatikan orang sekeliling, paling tidak pun lihat diri sendiri di cermin. Lihat garis yang melintang di dahi, rasanya main bertambah hujung-hujung tahun ini.

Macam-macam nak buat bukan? Bayar cukai, kalau potongan cukai berjadual cukup, Alhamdulillah, kalau tak, tambah duit sendiri gamaknya. Kalau ada duit, tak apalah, kalau tak ada, manalah nak dicekaukan.

Bukan itu saja, hujung-hujung tahun inilah, buat yang sudah berkeluarga dan beranak-pinak, mencongak-congak untuk beli baju dan buku sekolah anak-anak; bagi yang berkenderaan, mulalah pening kepala memikirkan hal cukai jalan dan insurans kenderaan.


Bagi yang bijak menguruskan kewangan, membuat simpanan sikit-sikit sejak awal tahun, mujur...taklah terasa sangat bebannya bila tiba hujung tahun, kala macam-macam bayaran perlu dilunaskan. Tetapi, berapa ramai sangat yang sanggup `mengorbankan’ lebihan wang, mengetepikan keseronokan setiap bulan untuk sesuatu yang `menyeksakan’ pada hujung tahun?

Harap-harap hujung tahun dapat bonus. Yalah, kalau dapat bonus. Zaman ekonomi tak berapa nak sihat ini, janganlah diharapkan sangat bulan jatuh ke riba. Kalau dapat, ringanlah sikit beban, kalau tak dapat, simpanan pun tak ada, mahu botak kepala dibuatnya.

Duit ini sebenarnya ibarat air. Cepat saja mengalir, cepat habis. Bila dapat gaji, hari dapat sudah habis diketepikan untuk bil bulanan. Belum lagi perbelanjaan harian, makan minum, duit petrol, duit tol, kalau ada kenderaan; kalau tak ada, duit bas dan segala jenis pengangkutan awam yang mungkin digunakan. Kadang-kadang fikir, macam mana nak buat simpanan bukan? Hendak pula tinggal di bandar besar, segala-galanya mahal. Hendak pula sekarang, segelas air jernih tak berwarna, tak bergula (air suam) di kedai pun, paling-paling 20 sen, ada yang mencecah hingga 50 ke 60 sen.

Posted at 04:28 pm by edaroslan
 

Bijak Menabung: Simpanan untuk keluarga-Berita Harian

 

ALAN Lakein berkata: Perancangan adalah membawa masa depan ke masa kini supaya anda dapat melakukan sesuatu sekarang. Memang tepat kata-kata falsafah Inggeris itu kerana dengan membuat perancangan sekarang, anda sudah membina hidup untuk masa depan. Memang semuanya belum pasti, tetapi mereka yang merancang sudah membuat persediaan awal agar apa juga yang datang dapat dihadapi dengan baik.

Begitu juga dalam pengurusan kewangan. Perancangan adalah perkara penting, nadi yang menentukan kedudukan kewangan anda sama ada positif atau negatif. Apabila simpanan melebihi perbelanjaan, anda berada dalam zon positif dan ini sesuatu yang baik, tetapi jika perbelanjaan anda melebihi pendapatan, anda berada dalam zon bahaya dan perlu bertindak segera sebelum terjebak dalam kemelut hutang yang tiada kesudahan.

Ramai kalangan kita ingin menyimpan dan mengetahui pentingnya mempunyai simpanan. Namun ini tidak dapat dilaksanakan dengan alasan tidak mempunyai cukup wang ataupun kesuntukan masa. Itu hanyalah alasan yang lemah kerana kuncinya ada pada anda. Ia bertitik tolak pada diri anda, sama ada mahu atau tidak mahu.


Apakah komitmen anda untuk diri anda pada masa depan? Adakah anda ingin melihat diri anda berada dalam kesempitan ataupun kesenangan? Yang mana lebih baik, mempunyai wang simpanan sendiri ataupun mempunyai kad kredit? Ada yang tidak menyimpan kerana mereka mempunyai kad kredit untuk dijadikan sandaran apabila berlaku kecemasan. Kad kredit hanyalah satu alat bagi memudahkan kehidupan namun perlu diingat wang yang anda gunakan itu bukan wang anda. Ia sekadar pinjaman dan perlu dipulangkan dengan kadar faedahnya sekali!

Pernahkah kita terfikir menerusi wang simpanan, kita boleh membentuk tabung warisan yang boleh dinikmati dari generasi ke generasi? Tidak perlu menunggu sehingga kaya-raya baru kita dapat tinggalkan harta benda untuk keluarga. Memadai meninggalkan mereka dengan tabiat atau disiplin menabung yang ditanamkan dalam setiap ahli keluarga, yang mana tabung ini berfungsi sebagai tabung kebebasan kewangan.

Inginkah anda melihat, tabung yang anda mulakan dengan hanya menyimpan RM100 sebulan itu kemudian berkembang menjadi beratus ribu dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang? Ini tidak mustahil berlaku kerana jika tabiat menabung itu sudah sebati dalam diri, amalan ini akan berterusan dan sukar ditinggalkan. Kemudian tabiat yang baik ini diterapkan pula pada anak cucu. Anda akan dapat melihat bagaimana sebuah dana keluarga terbentuk yang manfaatnya boleh dinikmati semua orang.

Posted at 04:22 pm by edaroslan
 

Wednesday, December 26, 2007
Cara melabur dalam Amanah Saham

Sekiranya anda tidak mempunyai masa, pengetahuan atau malas, tak mahu belajar mengenai pelaburan saham secara terperinci, maka amanah saham adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

Sebabnya mudah, ia diuruskan oleh pengurus dana professional. Tetapi harus diingat, tiada dana amanah saham yang kebal dari kemeruduman ekonomi. Sebijak-bijak pengurus dana professional, Mr Market adalah jauh lebih bijak.

Justeru, anda tidak perlu shopping dana amanah saham yang perfecto! Anda hanya perlu mencari dana yang sesuai dengan matlamat pelaburan anda dan risk-profile anda.

Mulakan dengan.

1. Dapatkan ejen yang berpengalaman

Ejen yang berpengalaman adalah ejen yang sudah lama berkecimpung dalam industri ini. Tempoh masa. barangkali paling sedikit pengalaman beliau adalah 3 tahun. (Oh, kepada konsultan baru, ini adalah cabaran untuk anda agar kekal dalam industri melebihi tempoh tersebut)

Kenapa?

Anda mahukan seorang yang serius menguruskan wang anda. 3 tahun adalah tempoh yang boleh dikatakan tempoh mencukupi untuk menjadikannya seorang konsultan yang serius dan bersikap professional.

2. Beritahu apa matlamat pelaburan anda

Persaraan? Sudah tentu ia memakan plan anda memakan masa 20-30 tahun.

Pendidikan anak-anak? Sudah tentu ia memakan masa sehingga 10-18 tahun.

Anda ingin wang menjadi double selepas 1 tahun? Oh. sekiranya begitu saya rasa anda lebih baik menggunakan duit tersebut untuk mempelajari ilmu pelaburan saham.

3. Kenal pasti risiko yang anda anda sanggup ambil

Dana ekuiti adalah dana yang mampu memberikan pulangan yang lebih baik. Tetapi adakah anda sanggup mempertaruhkan pelan persaraan anda untuk melalui turun naik pasaran saham?

Dana bon pula adalah lebih selamat. Tetapi adakah ia mencukupi untuk anda mencapai matlamat kewangan anda 20 tahun kelak?

Ia pilihan anda.

4. Pilih dana yang terbukti memberikan pulangan konsisten

Melaburlah di dalam dana yang terbukti memberikan pulangan yang konsisten kepada pelaburnya. Sekali lagi, carilah yang dana yang telah mempunya track record yang konsisten paling kurang selama 3 tahun. Lagi lama ia terbukti konsisten, maka ia adalah lebih baik.

5. Pilih dana yang mempunyai yuran yang rendah

Dana yang mempunyai yuran yang mahal tidak menjamin ia pasti memberikan pulangan yang hebat. Dana yang mempunyai yuran yang rendah tidak semestinya memberikan pulangan yang rendah.

Yuran yang perlu anda lihat adalah:

1. Entry fee (5-8%)
2. Annual Management fee (0.5-2%)
3. Switching Fee

Selamat melabur.

Posted at 10:50 pm by edaroslan
 

Tuesday, December 25, 2007
Apa Kepentingan UNIT TRUST kepada anda?

Sejak akhir akhir ini saya amat tertarik dengan Unit Trust dan cuba mendapatkan sebanyak maklumat mengenai Unit Trust atau Unit Amanah. Saya ingin berkongsi dan membuka minda orang orang melayu tentang kepentingan dan kebaikan Unit Trust ini untuk masa depan kita. Penerangan ini saya ambil dalam salah satu forum dan saya ingin mengucapkan terima kasih pada Encik Omar dengan penerangan yang begitu terperinci tentang apakah itu Unit Trust.

1.Dana/Wang Persaraan (Retirement Planning)
Jika anda memandang serius ke arah kewangan yg terancang dan sistematik,UNIT TRUST adalah pilihan yg tepat sebagai salah satu pelaburan untuk simpanan hari tua anda.Jika anda mengambil kira faktor di bawah ini, adakah simpanan anda sekarang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hari tua anda?

a.-Inflasi
-Katakan kadar inflasi sekarang 4% setiap 5 tahun,dlm masa 15-20thn inflasi menjadi 12%.Adakah simpanan anda cukup untuk menentang kadar inflasi dlm masa 15-20 thn akan datang?Apa akan jadi kalau harga minyak dijangka naik dan terus naik?Fikirkanlah...

b.-Umur yang panjang
-Secara purata dgn kemudahan perubatan yg ada sekarang seseorang itu mampu untuk hidup selama 70 tahun ke atas.Untuk kehidupan yang selesa,setiap 5 tahun persaraan kita memerlukan sekurang-2nya RM80,000. 20 tahun bererti kita memerlukan RM320,000.00.Adakah kita perolehi simpanan sebanyak itu untuk bersara?

c.-Kos persaraan yang tinggi
-Secara umumnya kita memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pelbagai kos seperti kos perubatan untuk mengubati penyakit hari tua kita, kos perbelanjaan harian/bulanan, kos yuran pembelajaran anak, kos tempat tinggal, kos perlancongan , ibadat haji, kos perjalanan dan sebagainya. Berdasarkan kos tersebut kita memerlukan sekurang-2nya 70% dari gaji bulanan untuk menampung setiap bulan. Adakah pencen anda mencukupi?

d.-Pengurusan sumber kewangan
-Menurut laporan akhbar THE STAR 23/1/2002...Sejumlah 72% pencarum KWSP membelanjakan wang mereka dalam masa 3 tahun sahaja. Ini bererti wang caruman KWSP tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan selepas bersara. Maknanya anda terpaksa bekerja lagi selepas bersara. Adakah ini dinamakan Persaraan? SUDAH BERSARA TETAPI MASIH BEKERJA

2.Tabung Pendidikan Anak (Children Education Planning)
-Salah satu tanggungjawab anda kepada anak ialah menyediakan pembelajaran untuk mereka. Demi masa depan anak-2 yang anda sayang sudah tentu anda mahukan mereka belajar hingga keperingkat universiti. Bayangkan kos terpaksa anda tanggung pada masa akan datang, jika anda tidak bertindak untuk menabung sekarang. Apa yang berlaku akan datang bergantung apa yang anda lakukan sekarang!

3.Faedah Perubatan (Medical Benefit)
-Jika anda tidak dilindungi insurans, maka anda terpaksa menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk menampung kos perubatan seperti serangan penyakit tidak terjangka, kritikal/kronik yang memerlukan pembedahan, kemalangan dan sebagainya. Apa tindakan anda seterusnya? Pinjaman dari bank dgn faedah yang tinggi?

4.Peluang Melancong (Travelling Expense)
-Tempat-2 yang menarik di Malaysia dan di dunia, sudah pasti menjadi idaman anda sebagai destinasi perlancongan. Bagaimana anda hendak mengecapi impian anda untuk melancong sekiranya struktur kewangan adalah terhad? Jadi usahakan wang anda supaya ia bekerja lebih untuk anda.

5.Peluang Perniagaan (Bussiness Opportunity)
-Jadikan pelaburan anda hari ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan baru atau membesarkan operasi kepada perniagaan sediada. Rebutlah peluang untuk menggandakan wang ada.

6.Program Penahanan Pekerja (Employee Retention Program)
-Majikan yang ingin kekalkan pekerja mereka yg berkualiti/mahir terus menyumbang produktiviti syarikat, program ini adalah sesuai dan direka khusus bagi menjamin kesetiaan pekerja kepada majikan.

Bagaimana UNIT TRUST berfungsi?
Anda atau Pemegang Unit beserta pemegang unit lain melabur sejumlah wang tertentu didalam dana tertentu yg dikawalselia oleh pemegang amanah(trustee) seperti Amanah Raya Berhad dsb utk dilaburkan oleh pengurus dana (fund manager) ke pasaran ekuiti(KLCI), bond dan pasaran wang selaras dgn portfolio dana tertentu. Hasil keuntungan dari pelaburan setahun akan diisytiharkan bonus dan dividen dan ia diagihkan kepada anda serta pemegang unit yang lain.

Berapa pulangan hasil pelaburan dari UNIT TRUST?
Secara purata antara 8 hingga 15 peratus setahun. Pelaburan mesti berasaskan tempoh antara 3-5 tahun untuk menikmati hasil pulangan yang dinyatakan tersebut. Jika anda menyimpan dalam simpanan tetap(FD) dgn purata pulangan setahun 4%, anda terpaksa menunggu 18 tahun utk menggandakan simpanan anda.

Bagaimana Cara Untuk Mengaut Keuntungan Dalam UNIT TRUST?
Senang sahaja. Anda harus bersabar kerana pelaburan ini mengambil tempoh antara 3 hingga 5 thn. Anda perlu patuhi 3 peraturan keemasan (3 golden rules)dibawah ini:-

1. Anda hendaklah kerap melakukan penambahan pelaburan kerana ini mengurangkan kos unit yang anda beli. Anda terapkan purata nilai ringgit (Dollar Cost Averaging) didalam pelaburan anda.

2. Sentiasa berhubung dgn konsultan untuk mengetahui status pelaburan anda. Sebaik-baiknya 3 bulan sekali.

3. Keluarkan semua pelaburan anda apabila anda sudah mencapai target (8-15%)setahun.

Posted at 11:23 pm by edaroslan
 

Monday, December 24, 2007
Kelebihan dan Kekurangan Kelebihan melabur dalam unit amanah

Artikel ini di petik dari laman web SIDC http://www.min. com.my/bm/ welcome.html
 
 
 
Mengikut kemampuan
Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali - tidak banyak kos diperlukan untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM500, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:

Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dengan modal yang sedikit, pelabur persendirian hanya mampu membeli sejumlah kecil saham dan terhad dalam beberapa syarikat sahaja. Tetapi apabila wang tersebut dilabur dalam dana unit amanah, dia akan memperoleh kepelbagaian segera - wangnya akan terkumpul bersama-sama wang pelabur lain dan menghasilkan modal yang banyak dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak syarikat disebabkan kuasa beli lebih besar.

Dengan kepelbagaian, risiko boleh dikurangkan. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.

Mudah tunai
Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.

Pengurusan profesional yang berterusan
Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional berpengalaman yang menguruskan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran melabur mereka sendiri, dan mereka akan terus mengawasi portfolio berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

Mengurangkan tekanan
Pelabur tidak perlu risau kerana tidak perlu mengawasi sendiri pelbagai pelaburan yang dibuat olehnya - mengawasi prestasi dan membuat keputusan bila hendak membeli atau menjual. Sebaliknya pelabur mempunyai kumpulan profesional yang berkemahiran menguruskan untuknya. Pemegang unit menerima laporan interim setiap enam bulan mengenai perkembangan dana mereka, perubahan pelaburan yang dibuat dan bayaran dividen, juga pendapat pengurus dana berhubung pasaran pelaburan dan ekonomi. Mereka juga menerima laporan tahunan.

Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas
Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.

Kekurangan melabur dalam unit amanah

Tertakluk kepada risiko pasaran
Memandangkan unit amanah melabur dalam sekuriti boleh pasar, sudah tentu ia terdedah kepada pergerakan pasaran. Pempelbagaian dalam pelaburan boleh membantu mengurangkan risiko tetapi tidak dapat menghapuskan terus risiko. Harga unit amanah turun naik, dividen mungkin dibayar ataupun tidak, dan anda mungkin mendapat untung atau rugi apabila menjual unit itu.

Tidak sesuai bagi pelaburan jangka pendek
Unit amanah merupakan jentera pelaburan yang sesuai bagi pelaburan jangka sederhana hingga panjang. Ini kerana keuntungan daripada pelaburan dalam unit amanah tidak diperoleh segera. Seseorang boleh menjual unit yang dipegang apabila harga unit itu naik. Walau bagaimanapun, kenaikan harga, yang bergantung kepada pergerakan harga pasaran, biasanya lebih perlahan daripada pergerakan pasaran.

Kesan pempelbagaian berlaku secara dua hala iaitu risiko tertebar apabila pasaran mengalami kejatuhan, begitu juga ganjaran apabila pasaran meningkat. Dividen bagi unit amanah diberi secara berkala dan kesan pengkompaunan hanya dirasai dalam masa apabila keadaan ekonomi yang menguntungkan.

Tiada perkhidmatan ikut arahan
Pelabur unit amanah membeli instrumen pelaburan besar-besaran, oleh itu mereka tidak mempunyai kawalan terhadap keputusan pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana. Mereka tidak boleh memberitahu pengurus apakah saham yang hendak dibeli atau yang mana jangan dibeli, dan bila hendak dijual. Pengurus dana bertindak mengikut penasihatnya sendiri, bukannya pelabur. Pelabur hanya boleh memastikan bahawa objektif dan polisi pelaburan dana selaras dengan objektif mereka. Oleh itu, penting para pelabur membaca prospektus pelaburan secara teliti dan memilih pelaburan secara bijak.

Kos yang Dikaitkan dengan Unit Amanah

Ada beberapa kos dikenakan kepada pelabur unit amanah. Amat penting anda memahami pelbagai yuran yang dikenakan kepada anda oleh pengurus dana kerana ia akan mempengaruhi jumlah pulangan diterima.

Syarikat unit amanah dibenarkan mengenakan tiga jenis yuran:

 Bayaran perkhidmatan awal - biasanya bayaran ini dimasukkan dalam harga jualan unit dana;
   
 Yuran pembelian semula - bayaran ini boleh dimasukkan dalam harga pembelian unit dana; dan
   
 Yuran pengurusan - ini ialah yuran syarikat kerana mentadbirkan dana dan bayaran dikenakan terus kepada dana.

Selain daripada itu, terdapat beberapa perbelanjaan lain seperti yuran pemegang amanah dan perbelanjaan brokeraj yang ditanggung oleh dana.

Anda patut meneliti yuran yang dikenakan bagi pelbagai dana pilihan anda. Yang paling penting ialah pengurus dana perlu cekap dalam menjalankan urusan. Tidak guna memilih dana murah jika diuruskan oleh pengurus dana kurang baik, tetapi pengurus dana yang baik mungkin mengenakan yuran yang tinggi.
 

Posted at 11:02 pm by edaroslan
 

Sunday, December 23, 2007
Kursus Pekej Lengkap Usahawan Restoran & Catering



Tarikh kursus: 19hb Jan 2008 hingga 21hb Jan 2008

Lokasi: Hotel Singgahsana Petaling Jaya Kuala Lumpur

Tempoh: 3 hari kursus ( termasuk penginapan )

Yuran: RM 1500

Hubungi: Siti 012- 693 9911/ 013- 216 3434

  • Cooking - Demo oleh Chef Mahathir ( Western Food , Malay Food , Chinese Food & Indian Food )
  • Interior Design
  • Catering Management
  • Marketing
  • Purchasing: Food Cost Control
  • F & B, Service , Setting table & Ethics etc
  • Account & Consultant
  • Legal ( related to business )
    Bonus Course : Teknik & Formula Baru dalam pengurusan kewangan. ( New )
Sila booking awal kerana tempat terhad!!

Posted at 06:16 pm by edaroslan
 

Tuesday, December 18, 2007
ASB AGIHKAN PENDAPATAN 8.00 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.00 SEN SEUNIT

 

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2007: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 8.00 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007.

Kadar pengagihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.70 sen seunit berbanding kadar yang diagihkan tahun lalu iaitu 7.30 sen seunit. 

Kadar bonus pada tahun ini ialah 1.00 sen seunit berbanding 1.25 sen seunit pada tahun lalu.

Jumlah pengagihan pendapatan dan bonus sebanyak 9.00 sen seunit pada tahun ini merupakan peningkatan sebanyak 0.45 sen seunit berbanding pada tahun lalu sebanyak 8.55 sen seunit.

Pengagihan pendapatan tersebut akan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM4,290 juta, peningkatan sebanyak RM798 juta atau 22.85 peratus, berbanding dengan RM3,492 juta yang dibayar pada tahun lalu.

Sementara itu, pembayaran bonus pula membabitkan peruntukan sebanyak RM354.47 juta.

Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji berkata, seramai 6.35 juta pemegang unit yang telah melanggan sejumlah 55.22 bilion unit ASB akan menerima manfaat daripada pengagihan pendapatan itu.

Sehingga 13 Disember, 2007, ASB telah memperolehi pendapatan kasar sebanyak RM5,130 juta, kenaikan sebanyak RM1,159 juta atau 29.19 peratus berbanding dengan RM3,971 juta yang diperolehi dalam tahun kewangan 2006.

Pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan menyumbang sebanyak RM2,811 juta atau 54.80 peratus kepada jumlah pendapatan kasar tersebut. 

Keuntungan daripada penjualan pelaburan menyumbang sebanyak RM2,005 juta atau 39.08 peratus.  Selebihnya RM314 juta atau 6.12 peratus diperolehi melalui pendapatan pelaburan instrumen jangka pendek.

Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2007.  Manakala, pengiraan bonus pula adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan untuk tempoh 10 tahun dari tahun 1998 sehingga 2007.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan masing-masing.  Para pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB masing-masing mulai 2 Januari 2008.

Semua urusniaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan pada 21 Disember, 2007 sehingga 1 Januari, 2008 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus. 

ASB adalah sebuah tabung ekuiti pendapatan yang berharga tetap, disasarkan kepada Bumiputera yang berumur 12 tahun dan ke atas dengan matlamat menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten serta pengekalan modal pada tahap risiko yang munasabah.

Posted at 11:04 pm by edaroslan
 

Friday, December 14, 2007
KWSP Perjelas Syarat Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan syarat-syarat terperinci pengeluaran untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan seperti yang telah dimaklumkan dalam kenyataan media pada 7 September lalu.

Mulai 1 Januari 2008 ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2 boleh membuat pengeluaran untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan mereka.

Jumlah minimum pengeluaran bulanan ialah RM100 bagi tempoh minimum tidak kurang daripada enam bulan manakala jumlah maksimum pengeluaran bulanan tidak melebihi jumlah ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Jumlah simpanan dalam Akaun 2 yang diperuntukkan untuk pengeluaran ini tidak boleh dikeluarkan untuk pengeluaran- pengeluaran lain.

Selain itu, ahli juga mesti belum mencapai umur 55 tahun dan tidak mempunyai tunggakan ansuran pinjaman perumahan.

Pengeluaran ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2008 pada 7 September lalu membenarkan ahli mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 dan bayaran dibuat terus ke dalam akaun peribadi bank mereka secara bulanan.

Buat masa ini ahli dibenarkan mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 untuk membina atau membeli rumah dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan.

Syarat-syarat pengeluaran bulanan ini adalah seperti berikut:

  • Ahli mesti pembeli atau pembina dan peminjam serta pemilik ke atas rumah kediaman atau rumah kedai dengan unit kediaman.
  • Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan.
  • Rumah tersebut telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman dan pinjaman telah dikeluarkan sepenuhnya (full disbursement) oleh pemberi pinjaman.
  • Ahli boleh membuat pengeluaran bagi mana-mana rumah tertakluk kepada sebuah rumah untuk setiap ahli dan tidak terhad kepada rumah yang pernah dibuat pengeluaran lain sebelum ini. Bagaimanapun, pengeluaran untuk kali kedua dan seterusnya hanya dibenarkan untuk rumah yang sama. 
  • Pembiayaan semula (refinance) yang tidak berkaitan dengan pinjaman perumahan adalah tidak dibenarkan bagi pengeluaran ini.

Bagi ahli yang pertama kali membuat pengeluaran ini perlu mengisi Borang KWSP 9P (AHL) dan mengemukakan dokumen sokongan yang disahkan iaitu salinan Kad Pengenalan, salinan buku/penyata akaun bank yang masih aktif, surat pengesahan baki pinjaman perumahan, Surat Perjanjian Jualbeli/Bina Rumah, surat kelulusan pinjaman perumahan dan Borang Gadaian dan Suratan Hakmilik atau Suratan Ikatan Serahhak.

Manakala bagi pengeluaran seterusnya sekiranya ahli masih mempunyai baki pinjaman, ahli hanya perlu mengisi borang pengeluaran dan mengemukakannya berserta salinan Kad Pengenalan, salinan buku/penyata akaun bank yang masih aktif dan surat pengesahan baki pinjaman perumahan terkini.

KWSP akan membatalkan pengeluaran bayaran bulanan ini dan ahli akan hilang kelayakan memohon pengeluaran tersebut di masa depan sekiranya didapati:

  • Ahli mempunyai hutang tertunggak (non-performing loan) dengan pemberi pinjaman.
  • Pinjaman telah dibatalkan/diselesa ikan.
  • Rumah telah dijual/dilelong/ telah dipindahmilik kepada pihak lain.
  • Ahli disabitkan menipu dengan mengemukakan dokumen/butiran palsu untuk pengeluaran ini.

Maklumat lanjut mengenai pengeluaran berkenaan boleh diperoleh di laman web KWSP di bawah Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.

(HIZWANI HASSAN)
Pengurus Besar Kanan
Pembangunan Organisasi
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 14 Disember 2007

Posted at 11:08 pm by edaroslan
 

Tuesday, December 04, 2007
Peringatan untuk semua

Saya terbaca dalam email dan saya ingin mengingatkan diri saya dan juga kepada semua rakan rakan tentang tanggungjawab kita sebagai manusia.  

 

[64.15] Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
 
[64.16] Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
 
[64.17] Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
 
[3.180] Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?"

 

Posted at 10:59 pm by edaroslan
 

Sunday, December 02, 2007
Apa itu CCRIS? CCRIS atau Central Credit Reference Information



Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat ialah satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia. Apabila seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman dari mana-mana bank, maklumat pinjaman tersebut akan dikutip oleh Biro Kredit dan dimasukkan ke dalam laporan CCRIS ini. Di dalam laporan CCRIS terdapat 3 bahagian utama iaitu Laporan Ringkas Kredit, Laporan Kredit Terperinci dan Laporan Kredit Tambahan.

Laporan Ringkas Kredit terdapat 3 pecahan iaitu yang pertama menyatakan permohonan kredit yang dipohon sama ada yang telah diluluskan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan yang masih dalam pertimbangan pihak bank. Pecahan kedua pula menyatakan liabiliti semasa yang ditanggung yang meliputi jumlah baki pinjaman dan jumlah had yang diberikan tidak kira sebagai peminjam dan penjamin. Pecahan terakhir pula menyatakan sekiranya ada tindakan undang-undang yang dikenakan. Jadi sekiranya anda disenarai hitam, dengan hanya melihat pada bahagian pertama laporan CCRIS sahaja pihak bank sudah boleh tahu status diri anda.

Laporan Kredit Terperinci adalah bahagian yang terpenting yang memberi gambaran terperinci dan menyeluruh tentang setiap satu pinjaman yang yang diperolehi oleh pelanggan sama ada untuk dirinya sendiri, secara bersama bagi akaun bersama, sebagai pemilik bagi perniagaan tunggal dan sebagai rakan kongsi bagi perniagaan perkongsian atau badan profesional berserta corak pembayaran untuk satu-satu pinjaman tersebut selama 12 bulan sebelumnya. Ini bermaksud sekiranya anda mempunyai pinjaman kenderaan, di sini ditunjukkan pada bulan berapa bayaran kenderaan ada tertunggak dan berapa bulan tunggakan tersebut untuk tempoh 12 bulan yang lalu. Bukan sahaja untuk pinjaman kenderaan sahaja, juga ditunjukkan di sini ialah pinjaman berjangka yang lain seperti rumah, kad kredit, overdraf, pinjaman peribadi, belian barang elektrik atau perabot secara ansuran, pemajakan, resit amanah, belian cek luar, pemfaktoran, belian bil-bil domestik dan lain-lain. Selain menunjukkan jenis pinjaman dan corak bayaran, butiran lain seperti tarikh pinjaman, status, kapasiti, jenis institusi yang memberi pinjaman, jumlah belum jelas, tarikh baki dikemaskini, tempoh pembayaran balik prinsipal, jenis cagaran, status undang-undang dan tarikh status dikemaskini turut dipaparkan di halaman ini. Apa maksudnya? Sekiranya 10 bulan lalu kereta anda tertunggak 3 bulan, walaupun sekarang ini anda telah ‘update’ dan tiada tunggakan, pihak bank tetap akan tahu perkara tersebut. Oleh itu tidak ada gunanya untuk berselindung.

Laporan Kredit Tambahan adalah merupakan bahagian terakhir dalam laporan CCRIS. Walaupun yang terakhir ia tidak kurang penting terutamanya kepada pihak pemberi pinjaman kerana di sinilah dinyatakan alamat-alamat yang pernah diduduki oleh pelanggan sama ada alamat rumah atau syarikat, nombor-nombor telefon tidak kira telefon rumah, pejabat ataupun telefon bimbit yang pernah atau masih digunakan oleh pelanggan dan juga maklumat pekerjaan pelanggan meliputi jawatan dan nama syarikat tempat pelanggan bekerja dulu dan kini. Jadi, jangan terkejut sekiranya pegawai bank boleh menyatakan dengan tepat sejarah tempat tinggal, nombor telefon dan perkerjaan anda ketika anda membuat pinjaman dengan pihak bank. Dan nasihat saya, jangan cuba memberi maklumat palsu kepada pihak bank dalam apa-apa permohonan pinjaman kerana maklumat diri anda di hujung jari mereka dengan adanya laporan CCRIS ini.

Laporan CCRIS hanya menunjukkan corak bayaran selama 12 bulan terdahulu. Sekiranya tunggakan bayaran berlaku lebih dari 12 bulan lalu, usah khuatir kerana ia tidak nampak di dalam laporan CCRIS ini selagi tiada tindakan undang-undang dikenakan. Selain itu, bagi pinjaman yang telah diselesaikan sepenuhnya baki pinjaman, laporan berkenaan pinjaman tersebut akan diluputkan sepenuhnya dari laporan CCRIS dalam masa paling lama pun sebulan sahaja. Jadi, walaupun pernah bayaran kurang memuaskan pada satu-satu masa lalu sebaik sahaja bayaran telah dijelaskan sepenuhnya maka sejarah tersebut tidak kelihatan lagi.

Posted at 10:46 pm by edaroslan
 


Previous Page Next Page




<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


Sila Hubungi


Faridah Roslan


019 - 281 6570


idaroslan03@yahoo.com




Kepada sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Faridah





Testimoni Faridah & Roslan
Assallamualaikum dan salam sejahtera pada semua,
Kali ini saya pulak ingin menceritakan tentang pengalaman saya menyelesaikan masalah kewangan yang selama ini merunsingkan kami. Kami berjaya menyelesaikan masalah hutang kami dan mempunyai simpanan yang tak pernah kami jangka. Kami mempunyai beberapa kredit kad yang berjumlah RM 43,000.00. Semua habis digunakan. Bukan setakat itu saja hutang kami, kami ada 2 buah rumah, 2 buah kereta, 3 personal loan. Belum masuk lagi duit talipon, duit makan, petrol, mak dan umi....hisssh poning jugak kepalo den ni haa.

Kehidupan kami sebelum ni, tak susah sangat. Kami masih lagi boleh gi tengok wayang, gi camping cuma simpanan je kadang kadang ada kadang kadang takde. Isteri saya ada tabiat suka menyimpan duit syiling. Pantang jumpa syiling pasti dia akan simpan dalam tabung. Kadang tu dia sengaja tukar duit kertas pada syiling supaya dia boleh menyimpan. Padanya dengan cara begitu saja kami boleh menyimpan. Dan setiap bulan kami akan tukar duit syiling tu dan duit tu kami simpan dalam ASB. Dapatlah jugak menyimpan dalam RM 100.00 hingga RM 200.00. Itu saja yang kami boleh simpan. Kadang tu tak dapat menyimpan bila datang bab 'tersesak' ni. Sekarang ni dengan penstrukturan semula kewangan, kami boleh menyimpan sebanyak RM2k ++ sebulan.





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed